Apabila kita mengisytiharkan Firman Elohim tanpa berhenti, 24/7 jam dari Kejadian sampai ke Wahyu, itu adalah seperti menghantar serangan demi serangan ke atas musuh, dengan menyatakan kepada mereka bukan hanya untuk mengakhiri mereka tetapi juga kehendak abadi dan tujuan YAHWEH* yang akan kekal selama-lamanya. Dengan ini, kita dapat merobohkan kubu kuat ke atas bangsa-bangsa dan membebaskan mereka serta membuka hati mereka kepada Injil Mesias.
Puji YHWH untuk firman-Nya dan pimpinan-Nya untuk memulakan pengisytiharan Kitab Suci 24/7 merentasi bangsa-bangsa.
Berlari selari dengan Kebangkitan Global 24/7 Kecapi & Cawan Doa Syurgawi, Kebangkitan Global 24/7 Pengisytiharan Kitab Suci dengan tentunya akan membebaskan bangsa-bangsa daripada semua pembohongan dan penipuan musuh sekali dan untuk selamanya, merobohkan kuasa-kuasa kerajaan kegelapan dan potong-memotong pemerintahan satan di atas bumi.
Kami ingin anda menjadi sebahagian daripada pergerakan Roh yang agung ini, puji YHWH.
Untuk butiran lanjut, terutamanya anda ingin mengisytihar secara online, sila hubungi penyelaras Glory Place di bandar/negara anda ataupun Glory Place Malaysia.
Anda juga boleh menaip di dalam Zoom chat kami, dengan memberikan nama, tempat, dan nombor telefon anda. Kami akan berhubung dengan anda.